THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 25, 2009

Refleksi 5

Pada pendapat saya, sukatan yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam amat bersesuaian dan menarik. Pelajar bukan sahaja berpeluang berinteraksi dalam talian sesama mereka dan juga dengan pensyarah, tetapi juga diajar beberapa aplikasi penting dalam multimedia. Antaranya bagaimana membuat blog, slide share, story boarding dan sebagainya. Pelajar juga mendapat maklumat dan pengetahuan baru dalam bidang ICT, kerana sebelum ini pelajar hanya didedahkan bagaimana untuk membuat blog, power point dan perkara-perkara asas sahaja.
Selain itu, pelajar juga berpeluang mengaplikasikan sendiri apa yang diajar oleh pensyarah pada masa itu juga dengan bimbingan pensyarah. Oleh itu, pelajar dapat bertanya terus sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak difahami. Misalnya, bagaimana membuat hyperlink. Pelajar juga berpeluang berhubung dngan pensyarah secara atas talian.
Pelajar juga diperkenalkan dengan beberapa perisian baru dan pautan atau capaian ke laman web lain yang boleh diaplikasikan di dalam tugasan. Misalnya, bagaimana memuatkan chatting box di dalam blog masing-masing serta langkah-langkah yang perlu dilakukan. Perkara-perkara baru ini menyebabkan kami bertambah berminat untuk mengikuti kelas yang dijalankan kerana banyak benda baru diperkenalkan oleh pensyarah.
Akhir sekali, saya mencadangkan pada masa akan datang pensyarah dapat menyediakan buku teks disamping laman web yang sedia ada sebagai rujukan sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami pada masa akan datang.

0 comments: