THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 25, 2009

Refleksi 4

1. Apabila saya diberitahu bahawa saya dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia, saya berasa takut dan tidak yakin kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang multimedia. Ini kerana saya hanya mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang multimedia itupun semasa mengambil subjek teknologi pendidikan Islam pada semester lepas. Namun, setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah, saya mula yakin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Sebenarnya, tugasan yang diberikan mudah dilaksanakan sekiranya saya betul-betul mengikut tunjuk ajar dan arahan yang diberikan oleh pensyarah. Setakat ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak membosankan kerana saya berpeluang mengaplikasikan terus apa yang dipelajari di dalam kelas. Selain itu, pensyarah mengamalkan konsep akses sendiri dimana saya berpeluang belajar dan melayari internet dalam satu masa. Kesalahan yang dilakukan semasa membuat tugasan dan latihan terus dibetulkan di dalam kelas. Saya juga berpeluang bertanya terus kepada pensyarah sekiranya terdapat tugasan atau langkah yang tidak difahami.
Saya berpendapat tugasan yang diberikan amat menarik kerana ia menguji kreativiti dan kesungguhan untuk menyiapkan tugasan. Namun, untuk menyiapkan tugasan memerlukan kerjasama pasukan dan pembelajaran secara kooperatif dapat dijalankan secara tidak langsung.

2. Ya, projek ini dapat membantu ketika menjalani praktikum nanti. Banyak yang boleh diaplikasikan ketika mengajar nanti, misalnya menggunakan movie maker untuk mengajar ibadah haji. Pengajaran sebegini lebih menarik dan efektif berbanding kaedah syarahan yang membosankan tanpa diselitkan dengan video dan gambar-gambar untuk merangsang aktiviti pembelajaran.
Selain itu, sekiranya sekolah dibekalkan dengan makmal komputer, saya boleh mengaplikasikan pengajaran menggunakan moodle, blog dan laman web. Saya boleh memuatkan nota-nota pengajaran, latihan-latihan dan memberi peluang kepada murid berinteraksi melalui talian sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami di dalam kelas.
Akhir sekali, saya juga boleh menyelitkan aplikasi-aplikasi lain yang dapat digunakan oleh pelajar. Misalnya kegunaan snag it untuk mengedit gambar dan slideshare sekiranya saya ingin publish powerpoint saya ke dalam blog.

3.Tidak, saya ingin mengekalkan kaedah penilaian sistem bintang. Sistem bintang agak menarik dan sistem ini mengingatkan saya kepada guru Sejarah saya semasa di sekolah menengah. Guru saya meletakkan bintang bagi pelajar yang membuat nota ringkas paling kemas dan kreatif. Sistem bintang dapat memotivasikan pelajar. Misalnya, banyak bintang menunjukkan prestasi pelajar bagus. Manakala, pelajar yang mendapat sedikit bintang tidak akan berpuas hati, jadi dia akan berusaha untuk membuat yang terbaik untuk mendapatkan banyak bintang. Jadi, sistem bintang ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat kerana pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Umpama jika diberikan pilihan antara hotel lima bintang dan tiga bintang, masing-masing berebut mahukan hotel lima bintang kerana ia nampak elit dan selesa. Akhir sekali, ia senang dilaksanakan dan boleh menjadi peneguhan positif dan ia boleh dijadikan ganti kepada hadiah sebagai ganjaran kepada pelajar.

0 comments: