THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 25, 2009

Refleksi 2

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
Namun begitu, tidak semua guru berkemahiran dalam bidang ICT. Ramai guru tidak yakin dan takut untuk menggunakan ICT kerana beranggapan pelajar lebih 'advance' berbanding mereka sendiri. Oleh itu, andainya saya ditempatkan di sekolah Bestari, saya akan berusaha membantu guru-guru memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah sebaiknya.
Pertama sekali, saya akan berusaha mewujudkan satu jawatankuasa ICT di sekolah. Penyelaras ICT haruslah dari kalangan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal. Tujuannya adalah supaya beliau dapat memantau perkakasan ICT di sekolah. Selain itu, supaya guru itu dapat memberi cadangan perisian yang perlu diguna pakai mengikut kadar kemampuan kewangan sekolah. Di dalam jawatankuasa itu juga perlu ada ketua bidang atau guru pakar dalam bidang ICT. Beliau berperanan menentukan bahan yang sesuai untuk diajar di sekolah.
Selain itu, saya akan berusaha mengadakan bengkel ICT, dengan bantuan guru-guru yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Antaranya ialah bengkel latihan guru bagaimana mengintegrasikan ICT dalam pendidikan, latihan penggunaan perkakasan dan perisian secara efektif serta latihan menggunakan sumber maklumat dari internet. Tujuannya adalah supaya semua guru celik IT dan dapat menggunakan sepenuhnya perisian kursus yang diberi percuma. Misalnya, perisian kursus Sekolah Bestari oleh Telekom Smart School (TSS).
Akhir sekali, memberi kesedaran kepada guru itu sendiri iaitu sebenarnya peranan mereka hanyalah jadi juru tunjuk dan biar kreativiti murid menguasai pengajaran dan pembelajaran pada satu-satu masa.
Biarlah konsep akses sendiri berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran.


0 comments: