THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 25, 2009

Refleksi 3

1. Terdapat beberapa ciri dan kemahiran penting yang perlu ada yang membolehkan saya mengawal proses pembelajaran secara atas talian. Kemahiran yang paling asas ialah pandai menggunakan komputer. Selain itu, saya perlu tahu mengenai perkakasan dan perisian yang ada dalam komputer. Misalnya, software yang digunakan. Kemudian, saya perlu tahu menggunakan sumber maklumat dari internet. Contohnya, merujuk kepada laman web multimedia dalam pendidikan Islam untuk membuat rujukan dan berinteraksi dengan kawan-kawan dan pensyarah. Selain itu, saya perlu menanamkan minat pada ICT kerana berpeluang berinteraksi secara maya, membuat rujukan dan berpeluang membina sendiri blog dengan bantuan pensyarah. Namun, ciri yang amat penting ialah berani mencuba dan rajin melayari internet. Sikap rajin mencari atau 'try and error' amat penting supaya saya dapat menguasai dengan lebih mendalam bidang ICT ini. Pembelajaran akses kendiri perlu ada dan tidak hanya mengharap bantuan pensyarah 100%. Pensyarah hanyalah sebagai fasililator dan menjadi rujukan sekiranya tidak memahami sesuatu konsep.

2.Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh pensyarah pula ialah seperti nota dalam talian , sumber maklumat dari internet. Misalnya, perisian yang boleh di download dari internet, e book,e-kamus dan sebagainya. Selain itu, pensyarah perlu menyediakan moodle untuk menjadi rujukan kepada pelajarnya. Pensyarah juga haruslah memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi secara maya samada sesama mereka atau dengan pensyarah itu sendiri. Selain itu, pensyarah juga boleh memuatkan alamat laman web lain di dalam blog yang dibinanya supaya pelajar dapat mengakses sumber-sumber tadi dan membuat rujukan sendiri.

3. Antara perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah:
  1. memastikan pelajar tahu menggunakan perisian
  2. pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir
  3. pemusatan kepada murid, guru hanya bertindak sebagai fasililator sahaja.
  4. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Misalnya, merancang pengajaran dan set induksi yang menarik.
  5. menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian dengan tahap murid.
  6. memantau dan mengesan kelemahan murid.
  7. memantau dengan cara sentiasa berhubung atas talian.
  8. membentuk kumpulan supaya murid boleh belajar secara kooperatif dan bertukar fikiran sesama mereka.
  9. memastikan sekurang-kuramgnya setiap pelajar berpeluang menggunakan komputer atau sekurang-kurangnya boleh akses sendiri.
  10. memastikan murid membuat setiap latihan yang diberi dan tidak ketinggalan.

0 comments: