THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, March 13, 2009

Kini, esok dan selamanya

Sebagai seorang bakal graduan, kita amat mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita. Apalagi menjadi bakal pendidik, tanggungjawab yang berat bakal diamanahkan kepada kita. Mendidik anak bangsa, bukan hanya sekadar pengisian ilmu pengetahuan tetapi juga pendidikan sakhsiah dan moral mereka. Adakah kita sudah bersedia?
Manakala, kepada yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, moga impian kalian menjadi kenyataan. Tidak salah mempunyai impian yang tinggi menggunung, andai diri sangup meredah halangan untuk mendapatkannya. Siapa lagi kalau bukan kita.
Namun, kini, esok dan selamanya...Kita tetap sama. Produk Pendidikan Islam. Cuma berbeza arah dan hala tuju selepas tamat pengajian. Selamat berjuang...

0 comments: