Wednesday, April 1, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Refleksi 1
- Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:
- Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
- Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
- Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes – Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
- Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
- Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
- Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
- Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
- Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi
- Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
- Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani
Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
Posted by Izahkity at 9:52 AM 0 comments
Refleksi 5
Selain itu, pelajar juga berpeluang mengaplikasikan sendiri apa yang diajar oleh pensyarah pada masa itu juga dengan bimbingan pensyarah. Oleh itu, pelajar dapat bertanya terus sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak difahami. Misalnya, bagaimana membuat hyperlink. Pelajar juga berpeluang berhubung dngan pensyarah secara atas talian.
Pelajar juga diperkenalkan dengan beberapa perisian baru dan pautan atau capaian ke laman web lain yang boleh diaplikasikan di dalam tugasan. Misalnya, bagaimana memuatkan chatting box di dalam blog masing-masing serta langkah-langkah yang perlu dilakukan. Perkara-perkara baru ini menyebabkan kami bertambah berminat untuk mengikuti kelas yang dijalankan kerana banyak benda baru diperkenalkan oleh pensyarah.
Akhir sekali, saya mencadangkan pada masa akan datang pensyarah dapat menyediakan buku teks disamping laman web yang sedia ada sebagai rujukan sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami pada masa akan datang.
Posted by Izahkity at 9:18 AM 0 comments
Refleksi 4
Sebenarnya, tugasan yang diberikan mudah dilaksanakan sekiranya saya betul-betul mengikut tunjuk ajar dan arahan yang diberikan oleh pensyarah. Setakat ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak membosankan kerana saya berpeluang mengaplikasikan terus apa yang dipelajari di dalam kelas. Selain itu, pensyarah mengamalkan konsep akses sendiri dimana saya berpeluang belajar dan melayari internet dalam satu masa. Kesalahan yang dilakukan semasa membuat tugasan dan latihan terus dibetulkan di dalam kelas. Saya juga berpeluang bertanya terus kepada pensyarah sekiranya terdapat tugasan atau langkah yang tidak difahami.
Saya berpendapat tugasan yang diberikan amat menarik kerana ia menguji kreativiti dan kesungguhan untuk menyiapkan tugasan. Namun, untuk menyiapkan tugasan memerlukan kerjasama pasukan dan pembelajaran secara kooperatif dapat dijalankan secara tidak langsung.
2. Ya, projek ini dapat membantu ketika menjalani praktikum nanti. Banyak yang boleh diaplikasikan ketika mengajar nanti, misalnya menggunakan movie maker untuk mengajar ibadah haji. Pengajaran sebegini lebih menarik dan efektif berbanding kaedah syarahan yang membosankan tanpa diselitkan dengan video dan gambar-gambar untuk merangsang aktiviti pembelajaran.
Selain itu, sekiranya sekolah dibekalkan dengan makmal komputer, saya boleh mengaplikasikan pengajaran menggunakan moodle, blog dan laman web. Saya boleh memuatkan nota-nota pengajaran, latihan-latihan dan memberi peluang kepada murid berinteraksi melalui talian sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami di dalam kelas.
Akhir sekali, saya juga boleh menyelitkan aplikasi-aplikasi lain yang dapat digunakan oleh pelajar. Misalnya kegunaan snag it untuk mengedit gambar dan slideshare sekiranya saya ingin publish powerpoint saya ke dalam blog.
3.Tidak, saya ingin mengekalkan kaedah penilaian sistem bintang. Sistem bintang agak menarik dan sistem ini mengingatkan saya kepada guru Sejarah saya semasa di sekolah menengah. Guru saya meletakkan bintang bagi pelajar yang membuat nota ringkas paling kemas dan kreatif. Sistem bintang dapat memotivasikan pelajar. Misalnya, banyak bintang menunjukkan prestasi pelajar bagus. Manakala, pelajar yang mendapat sedikit bintang tidak akan berpuas hati, jadi dia akan berusaha untuk membuat yang terbaik untuk mendapatkan banyak bintang. Jadi, sistem bintang ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat kerana pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Umpama jika diberikan pilihan antara hotel lima bintang dan tiga bintang, masing-masing berebut mahukan hotel lima bintang kerana ia nampak elit dan selesa. Akhir sekali, ia senang dilaksanakan dan boleh menjadi peneguhan positif dan ia boleh dijadikan ganti kepada hadiah sebagai ganjaran kepada pelajar.
Posted by Izahkity at 8:11 AM 0 comments
Refleksi 3
2.Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh pensyarah pula ialah seperti nota dalam talian , sumber maklumat dari internet. Misalnya, perisian yang boleh di download dari internet, e book,e-kamus dan sebagainya. Selain itu, pensyarah perlu menyediakan moodle untuk menjadi rujukan kepada pelajarnya. Pensyarah juga haruslah memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi secara maya samada sesama mereka atau dengan pensyarah itu sendiri. Selain itu, pensyarah juga boleh memuatkan alamat laman web lain di dalam blog yang dibinanya supaya pelajar dapat mengakses sumber-sumber tadi dan membuat rujukan sendiri.
3. Antara perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah:
- memastikan pelajar tahu menggunakan perisian
- pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir
- pemusatan kepada murid, guru hanya bertindak sebagai fasililator sahaja.
- strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Misalnya, merancang pengajaran dan set induksi yang menarik.
- menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian dengan tahap murid.
- memantau dan mengesan kelemahan murid.
- memantau dengan cara sentiasa berhubung atas talian.
- membentuk kumpulan supaya murid boleh belajar secara kooperatif dan bertukar fikiran sesama mereka.
- memastikan sekurang-kuramgnya setiap pelajar berpeluang menggunakan komputer atau sekurang-kurangnya boleh akses sendiri.
- memastikan murid membuat setiap latihan yang diberi dan tidak ketinggalan.
Posted by Izahkity at 7:04 AM 0 comments
Refleksi 2
Namun begitu, tidak semua guru berkemahiran dalam bidang ICT. Ramai guru tidak yakin dan takut untuk menggunakan ICT kerana beranggapan pelajar lebih 'advance' berbanding mereka sendiri. Oleh itu, andainya saya ditempatkan di sekolah Bestari, saya akan berusaha membantu guru-guru memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah sebaiknya.
Pertama sekali, saya akan berusaha mewujudkan satu jawatankuasa ICT di sekolah. Penyelaras ICT haruslah dari kalangan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal. Tujuannya adalah supaya beliau dapat memantau perkakasan ICT di sekolah. Selain itu, supaya guru itu dapat memberi cadangan perisian yang perlu diguna pakai mengikut kadar kemampuan kewangan sekolah. Di dalam jawatankuasa itu juga perlu ada ketua bidang atau guru pakar dalam bidang ICT. Beliau berperanan menentukan bahan yang sesuai untuk diajar di sekolah.
Selain itu, saya akan berusaha mengadakan bengkel ICT, dengan bantuan guru-guru yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Antaranya ialah bengkel latihan guru bagaimana mengintegrasikan ICT dalam pendidikan, latihan penggunaan perkakasan dan perisian secara efektif serta latihan menggunakan sumber maklumat dari internet. Tujuannya adalah supaya semua guru celik IT dan dapat menggunakan sepenuhnya perisian kursus yang diberi percuma. Misalnya, perisian kursus Sekolah Bestari oleh Telekom Smart School (TSS).
Akhir sekali, memberi kesedaran kepada guru itu sendiri iaitu sebenarnya peranan mereka hanyalah jadi juru tunjuk dan biar kreativiti murid menguasai pengajaran dan pembelajaran pada satu-satu masa.
Biarlah konsep akses sendiri berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran.
Posted by Izahkity at 6:26 AM 0 comments
Friday, March 13, 2009
Kini, esok dan selamanya
Manakala, kepada yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, moga impian kalian menjadi kenyataan. Tidak salah mempunyai impian yang tinggi menggunung, andai diri sangup meredah halangan untuk mendapatkannya. Siapa lagi kalau bukan kita.
Namun, kini, esok dan selamanya...Kita tetap sama. Produk Pendidikan Islam. Cuma berbeza arah dan hala tuju selepas tamat pengajian. Selamat berjuang...
Posted by Izahkity at 7:26 PM 0 comments